17.11.15. - Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata sebanyak 104,531 buah lori telah diperiksa sejak perlombongan bauksit mula beroperasi di Kuantan. 20 buah excavator turut disita dalam operasi yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa.
Dato' Sri Diraja Adnan, ketika menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang yang ke 13, berkata jumlah kompaun yang tawarkan kepada kenderaan-kenderaan tersebut berjumlah RM5.6 juta.
"Pejabat Tanah Dan Galian Pahang telah menyita 213 buah lori dengan jumlah kompaun bernilai RM4.2 juta. Keseluruhan lori disita berjumlah 9,585 tan. Sementara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya menyita 2 buah kenderaan, menyaman 3,176 kenderaan dan menawarkan saman berjumlah RM34,500.00. Majlis Daerah Kuantan turut mengeluarkan saman berjumlah RM288,000.00 terhadap 577 buah kenderaan," kata beliau.
Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob akan memastikan operasi penguatkuasa tempatan dikuatkuasakan dengan lebih tegas memandangkan operasi haram perlombongan bauksit masih berterusan sebaik sahaja pihak berkuasa mengurangkan operasi.
Menteri Besar juga telah menasihati operator bauksit untuk mengikut prosedur keselamatan, kesihatan dan alam sekitar kerana mereka berhadapan risiko lesen ditarik balik jika keadaan tidak terkawal dan penguatkuasaan diserahkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan.
0 comments:
Post a Comment