Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 6, 2015

KISAR TENGKORAK WANITA UNTUK UBATI SAKIT ANAK


Kisar tengkorak wanita untuk ubati sakit anak


Jianxi - Misteri kehilangan tengkorak seorang wanita akhirnya terbongkar selepas polis berjaya menahan seorang lelaki yang mengaku melakukan perlakuan pelik dengan mencuri tengkorak manusia yang diambilnya dengan menggali sebuah kubur.

Apa yang mengejutkan, Fu, 40 yang ditahan oleh pihak berkuasa di Nanchang, tengah China melakukan perbuatan itu untuk mengubat penyakit misteri yang dihadapi anaknya.

Menurut laporan, dia mencuri tengkorak berkenaan pada bulan Julai lalu dan hanya berjaya ditahan pada bulan 8 Oktober lalu selepas menerima aduan daripada penduduk kampung yang melihat kelakuan pelik lelaki itu.

Memetik laporan People Daily Online, Fu berkata, dia melakukan perbuatan demikian untuk mengubat penyakit misteri anaknya itu.

"Anak perempuan saya telah mengidap penyakit sejak tiga tahun lalu dan tiada ubat ditemui walaupun telah bertemu dengan ramai doktor," katanya.

Selepas terdengar nasihat jirannya yang berkata, tengkorak manusia yang dikisar menjadi serbuk mampu untuk menyembuhkan penyakit anaknya itu, dia mula menggali dan mencuri tengkorak untuk membuat ubat dan diberi kepada anaknya itu.

Walaubagaimanapun, Fu mengakui, ubat yang dihasilkannya itu tidak mujarab untuk menyembuhkan anaknya itu.

0 comments:

share2