Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 10, 2015

IBU MAUT CUBA LERAIKAN PERGADUHAN ADIK-BERADIK


Ibu maut cuba leraikan pergaduhan adik-beradik


Cheras - Seorang ibu, warga emas dipercayai cuba meleraikan pergaduhan dua beradik namun akhirnya menjadi mangsa korban.

Kejadian berlaku di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri Cheras kira-kira jam 3 petang, tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, berkata, mangsa seorang warga emas berusia 63 tahun dikenali sebagai Wan Yah Wan Mat, berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

“Berdasarkan maklumat awal, berlakunya limpahan air yang keluar dari pintu utama rumah berkenaan.

“Pintu yang berkunci memaksa anggota bomba bertindak memecahkan pintu tersebut dan terdapat tiga individu termasuk mangsa yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu,” katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan ke atas mangsa, terdapat kesan lebam pada kedua belah mata dan mulut.

“Manakala bibir, mulut serta belakang kepala mangsa terdapat kesan bengkak. Ekoran kejadian itu, polis menahan dua suspek yang juga adik-beradik dan anak kepada mangsa.

“Kedua-dua suspek lelaki dan wanita masih menuntut di universiti. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang mengatakan berlakunya cubaan membunuh diri.

Katanya, berdasarkan laporan awal yang diterima, pintu rumah berkunci dan cubaan anggota berinteraksi dengan mangsa bagaimanapun tidak berjawab.

“Anggota kemudiannya bertindak memecahkan pintu dan terdapat tiga individu termasuk mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri berada di lantai ruang tamu.

“Anak lelaki mangsa, juga ditemui tidak sedarkan diri di atas kerusi di ruang tamu. Manakala anak perempuan mangsa berusia lingkungan 20 tahun berada di dalam bilik,” katanya.

Menurut Azizan, mangsa, yang juga ibu kepada adik-beradik itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


0 comments:

share2