Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 27, 2015

CAKAP MAHU PANDU UJI SEBELUM BAWA LARI


curi motosikal
Gambar Hiasan

Nibong Tebal - Seorang lelaki melarikan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipandu ujinya di sebuah pusat jualan di Taman Jawi Jaya, Sungai Jawi di sini semalam. 

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan melarikan motosikal jenis Honda CBR 1000RR berwarna putih berkenaan selepas dia membawa keluar dari kedai berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.

Pemilik syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tong, 52, berkata beliau pada mulanya tidak membenarkan motosikal bernilai hampir RM100,000 itu dipandu uji memandangkan hujan lebat ketika itu.

"Lelaki itu mendakwa mahu membeli motosikal berkenaan bagaimanapun dia mahu memandu uji terlebih dahulu.

"Saya percayakan lelaki itu kerana dia beritahu hanya mahu pandu uji di sekitar kawasan berhampiran kedai dan berjanji untuk menunggang sekitar Taman Jawi Jaya sahaja," katanya di sini hari ini. 

Tong berkata, beliau dan seorang pekerjanya mengekori motosikal yang dipandu uji itu kerana risau ia kehabisan minyak.

"Selepas beberapa minit kemudian, pekerja saya kembali dan memaklumkan bahawa motosikal itu sudah tidak kelihatan lagi. Saya terkejut dan terus membuat laporan polis," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan sedang menyiasat.


0 comments:

share2