Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 27, 2015

[BENTONG] PULIH MASALAH KLINIK KESIHATAN


Pulih masalah klinik kesihatan


Klinik Kesihatan Felda Lurah Bilut kini kembali seperti keadaan asal selepas menjalani proses baik pulih akibat banjir kilat yang melanda kawasan ini tahun lalu.

Pengerusi Panel Kesihatan, Md Zulkifle Md Yunus berkata, menerusi peruntukan dihulurkan Kementerian Kesihatan, proses baik pulih bangunan klinik terbabit dilakukan termasuk menggantikan pelbagai peralatan rosak.

“Buat masa sekarang, pihak berkenaan sedang membuat kerja baik pulih pagar yang roboh. Selain itu, peralatan seperti mesin pengimbas x-ray dan peralatan lain yang rosak juga sudah diganti baru,” katanya.

Beliau mewakili klinik kesihatan merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak kementerian di atas peruntukan disumbangkan untuk memulihkan kembali klinik itu.

“Kami juga merakamkan setinggi penghargaan kepada Ahli Parlimen, Datuk Sri Liow Tiong Lai yang berusaha mendapatkan peruntukan.

“Selain itu, beliau turut mengusahakan peruntukan untuk mendalamkan sungai supaya kejadian banjir kilat tidak berulang lagi,” katanya.

Pada 26 Oktober tahun lalu, Felda Lurah Bilut dilanda banjir kilat terburuk di mana kejadian itu bukan sahaja merosakkan sebahagian besar klinik kesihatan, malah turut menjejaskan 11 rumah kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lurah Bilut, tiga rumah peneroka, tujuh rumah penduduk Cina dan 10 kereta ditenggelami air.

Dalam kejadian itu, klinik kesihatan tersebut alami kerugian RM350,000 berikutan kerosakan beberapa mesin termasuk ultra bunyi, tujuh komputer, dan ambulans.


0 comments:

share2