Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 28, 2015

25 RUAMH KONGSI BUKIT TAMBUN TERBAKAR


Kebakaran


Nibong Tebal - Kira-kira 100 pekerja asing tinggal sehelai sepinggang selepas 25 unit rumah kongsi yang didiami mereka di sebuah tapak pembinaan di Lorong Merpati Indah, Bukit Tambun dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

"Ketika pihak bomba tiba, api sedang marak dan sebahagian rumah kongsi yang diperbuat daripada papan dan kayu itu telah terbakar," katanya di sini hari ini.

Menurut PGO seramai 20 pegawai dan anggota dengan dua jentera dibantu anggota bomba sukarela terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Katanya pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak pada jam 12.12 tengah hari dan memadam keseluruhan api kira-kira lima minit kemudian.

Kenyataan PGO itu menjelaskan semasa kejadian kebakaran kebanyakan penghuni rumah kongsi itu berada di tapak pembinaan dan sedang bekerja.

"Ada beberapa pekerja dan isteri mereka berada di rumah dan mereka berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran berkenaan," katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, seorang penghuni rumah kongsi berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ayub, 40-an berkata semasa kejadian dia sedang berrehat kerana balik untuk makan tengah hari apabila terdengar jeritan beberapa rakannya yang memaklumkan ada kebakaran.

"Saya keluar melihat dan nampak api dari rumah hujung, saya masuk dan panggil dua lagi kawan untuk keluar. Kami tidak sempat ambil apa-apa sebab api semakin marak," kata warga Indonesia itu.


0 comments:

share2