Kuala Lumpur - Pembangkang perlu menyerahkan senarai nama ahli parlimen yang bersetuju menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung undi tidak percaya.
Speaker Dewan Negara, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ia sebagai langkah untuk meluluskan usul undi tidak percaya itu di Dewan Rakyat.
"Bagaimanapun ia memerlukan notis dan mengikut Peraturan Mesyuarat 26 dan 27," katanya.
Menurutnya, beliau akan mempertimbangkan kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap Najib dibahaskan.
"Sekiranya ia dilakukan pembangkang, kita akan meletakkan usul tersebut di dalam peraturan mesyuarat," katanya.
Sehingga kini katanya, beliau masih menunggu senarai tersebut.
"Saya tahu mereka ada 89 senarai sahaja tapi sekarang mungkin sudah 90 atau 100 nama.
"Saya boleh tekankan kepada kerajaan untuk menbahaskannya," katanya.
Menurutnya, senarai nama tersebut mungkin berkurang kerana Pas bukan lagi berada dalam Pakatan.
"Kalau mereka (pembangkang) ada 100 nama, pihak kerajaan tinggal berapa?
"Itu kena lihat. Gantang sukatan tidak lebih tidak kurang," katanya di lobi parlimen, semalam.
Pandikar berkata, berdasarkan Peraturan 15 Mesyuarat, setiap usul yang dibawa selain kerajaan tidak semestinya dapat dibahaskan.
"Dalam Peruntukan 15 mengatakan secara jelas urusan kerajaan perlu didahulukan," katanya.
Menurutnya, undi tidak percaya tidak semestinya dibawa ke dewan senat utuk diundi.
"Pelbagai cara boleh dibuat untuk melakukan undi tidak percaya," katanya.
Pandikar berkata, undi tidak percaya pernah dilakukan oleh Adun Sabah terhadap Ketua Menterinya ketika itu, Tan Sri Joseph Pairin Ketingan.
"Adun Sabah telah menandatangani senarai nama untuk tidak bersama Pairin.
"Apabila Pairin melihat senarai itu melebihi sokongan terhadapnya, beliau membawa senarai itu kepada Tuan Yang Terutama untuk membubarkan dewan," katanya.
0 comments:
Post a Comment