Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 22, 2015

TIDAK WAJAR TINDAKAN RAKAM VIDEO TIDAK SENONOH


Tidak wajar tindakan rakam video tidak senonoh


Kota Bharu - Kerajaan negeri menggesa masyarakat terutama kaum wanita supaya mengawal emosi, jangan sampai jadi viral di laman sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, tidak wajar pergaduhan sebegitu dirakam video dan disebarkan.

"Tidak wajar tindakan rakam video dan perkara tidak senonoh. Bayangkan kalau mereka ahli keluarga kita dibuat begitu, sudah pasti malu serta menjatuhkan maruah.

"Ada niat tidak elok apabila bergaduh, ambil gambar serta sebarkan. Bagaimanapun kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat kes ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Viral video tersebar secara meluas di Facebook memaparkan aksi mangsa diperlakukan dengan kasar, termasuk ditendang oleh suspek, dipercayai akibat salah faham antara kedua pihak.

Mumtaz berkata, pihaknya akan menyelidik latar belakang dan identiti mereka yang terlibat dan berhasrat 'bertemu mata' dengan mereka.

"Kita kena tengok latar belakang, sejarah pendidikan dan kehidupan mereka, malah kalau ada kesempatan, saya mahu bertanya khabar.

"Saya ada hasrat nak nasihatkan mereka; berbanggalah dengan wanita yang bersopan dalam semua situasi, sama ada dalam keadaan marah dan suka," katanya.

Kata beliau, wanita perlu sama-sama mendidik diri menjadi penyabar dan bersopan, malah tidak rugi menjaga adab dan akhlak.

"Nilai manusia ini terletak pada hati dan akhlak, bukan pada badan atau solekan.

"Jangan keterlaluan dalam ekspresi marah dan kena belajar mengawal diri," katanya.

0 comments:

share2