Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 7, 2015

SUAMI ISTERI BERKECAI KENA BOM




Gua Musang: Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang tiba-tiba meletup dipercayai akibat bom buatan sendiri yang dipasang pada motosikal itu.

Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi tadi di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, di sini ketika pasangan berusia 72 tahun itu dalam perjalanan ke kedai makan berdekatan untuk sarapan .

Mangsa dikenal pasti sebagai Cha Mok Liong dan Fong Ah Fong dari Kampung Batu Papan 2, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lelaki berusia awal 20-an dipercayai ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, mayat mangsa berkecai dan ada bahagian badan yang terputus tercampak kira-kira 100 meter ke kawasan berhampiran.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk motif kejadian sebenar .

"Kita turut dibantu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan," katanya di sini, hari ini.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mengaitkan insiden itu dengan isu perkauman, agama mahupun jenayah merentasi sempadan.

0 comments:

share2