Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 6, 2015

NEKAD TERJUN DALAM LAUT


Nekad terjun dalam laut


Lumut - Seorang lelaki warga asing dipercayai bergaduh dengan rakannya ketika bekerja di atas sebuah kapal nelayan nekad terjun ke laut bagi mengelak sebarang kejadian buruk berlaku.

Lelaki berkenaan, Truong Chong Thach, 22, warga Vietnam, kemudiannya diselamatkan oleh kapal KD Selangor yang ketika itu sedang beroperasi di Pulau Jarak sebelum menyerahkannya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim 3 Lumut.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 7.13 petang.

Menurutnya, Maritim menerima panggilan daripada Markas Wilayah Laut 3, Langkawi mengatakan KD Selangor yang sedang beroperasi di perairan Pulau Jarak telah menyelamatkan seorang kru kapal yang jatuh ke dalam laut.

“Mangsa seorang warga Vietnam telah diselamatkan di perairan Malaysia iaitu lebih kurang 43 batu nautika dari Pulau Pangkor.

“Daripada siasatan awal mangsa bekerja di atas kapal nelayan Taiwan dan dikatakan mangsa telah bergaduh dengan beberapa kru kapal berkenaan sebelum bertindak terjun ke laut bagi mengelakkan sebarang perkara lebih buruk,” katanya.

Zulinda berkata, mangsa akan diserahkan kepada kedutaan Vietnam untuk tindakan selanjutnya.

0 comments:

share2