Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 6, 2015

[LIPIS] LUMBA LASAK T.A. 45 CUP 2015 MERIAH

Tengku Amir menyampaikan hadiah kepada pemenang


'T.A. 45 Cup 2015' adalah pertandingan motor lasak dan merupakan salah satu acara Enduro terbesar di Malaysia.  Acara ini telah berlangsung diatas trek hutan hujan tropika sepanjang 4.7 kilometer pada 2-4 Oktober lalu di Tasik Burung Mandi, Benta, Kuala Lipis.

Cabaran T.A.45 kali ini lebih menarik dan unik kerana mana-mana pelumba dengan kenderaan offroad 2 roda boleh mengambil bahagian tanpa mengira saiz enjin. Beberapa kategori dipertandingkan termasuk Terbuka Encuro dan Novis, CKD. Juga Kelas Senior dan Veteran. 

Tourism Pahang telah memasukkan acara ini sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri serta turut membantu mempromosikannya sabagai satu langkah menarik lebih ramai pelancong ke litar lumba berkenaan.

Pada tahun 2015 ini, pihak penganjur telah berjaya menarik lebih ramai penaja bagi memberikan lebih suntikan semangat kepada penunggang dengan tunai terkumpul melebihi RM22,000.00. Kemudahan sampingan juga ebrjaya dinaiktarafkan serta lebih pilihan makanan dan minuman dengan terdapatnya lebih banyak gerai-gerai makanan yang disediakan oleh penduduk tempatan.

Gerai-gerai jualan peralatan motor lumba lasak serta 't-shirt' cenderamata juga menawarkan banyak pilihan untuk dijadikan kenangan.

Kejohanan  lumba lasak 'T.A. 45 Cup 2015' ini berlangsung dengan jaya dan meriah dan mendapat sambutan bukan sahaja kepada pengemar lumba lasak warga tempatan bahkan turut disertai juga oleh warga asing.








  



























0 comments:

share2