Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 17, 2015

[KUANTAN] LEBIH 40 PASUKAN BERLUMBA DI EIMARACE KUANTAN HARI INI DAN ESOK




17.10.2015. - Perlumbaan EIMARace bermula di hari ini dengan penyertaan lebih 40 pasukan dari seluruh negara.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah mewakili Exco Pelancongan Dato' Sri Sharkar Shamsudin melepaskan pelumba-pelumba di Litar Terbuka Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Program Educational Motosport & Automotive Race (EMIRace) 2015 bermula dengan perlumbaan Ujian Masa hari ini. Sementara perlumbaan akhir akan diadakan esok.

Perlumbaan dibahagikan kepada kenderaan 130cc dan 250cc. 34 pasukan bertanding dalam kategori 130cc manakala 9 pasukan bertanding dalam kategori 250cc.

Kerajaan Pahang turut mempromosikan acara ini sempena Tahun Melawat Pahang 2017.


         



0 comments:

share2