Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 18, 2015

H60K: RIBUAN PENYOKONG PAS BERHIMPUN


H60K: Ribuan penyokong Pas berhimpun


Kota Bharu - Ribuan penyokong Pas berhimpun di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, bagi menghadiri Himpunan Fastaqim (H60K) semalam.

Perhimpunan itu yang bermula pukul 3 petang, bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli Pas selepas parti berkenaan mengalami perpecahan apabila beberapa pemimpin kanannya tewas pada muktamar tahunan pada Jun lepas.

Perpecahan itu turut menyebabkan mereka yang tewas menubuhkan parti baharu dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) yang diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Himpunan juga dibuat bagi menyambut Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Pas di Kelantan.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan amanatnya pada malam tadi dan turut mengadakan sesi dialog bersama penyokong parti itu.

0 comments:

share2