Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 21, 2015

DUA DITAHAN KERANA PAKAI VEST POLIS


Dua ditahan kerana pakai vest polis


Shah Alam - Dua orang lelaki ditahan polis semalam bagi membantu siasatan mengenai perkongsian yang memaparkan seorang lelaki memakai vest polis yang viral di laman Facebook. 

Menurut laman Facebook Polis Selangor, lelaki berumur 28 dan 30 tahun berkenaan ditahan di sebuah sekolah yang terletak di Putra Perdana pada jam 4.10 petang. 

Pihak polis turut merampas 2 unit Vest Polis, 2 keping Kad Kuasa Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia, serta 2 keping kad nama atas Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia. 

Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 89(a) Akta Polis 1967.

0 comments:

share2