Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 20, 2015

PUTERA RAJA BAHRAIN SERTAI PERANG


Putera Raja Bahrain sertai perang di Yaman


Manama - Raja Bahrain, Hamad Isa al-Khalifa mengumumkan putera-puteranya, Sheikh Nasser Hamad dan Sheikh Khalid Hamad akan menyertai operasi gabungan Arab yang dipimpin di Yaman, menurut laporan, Asharq Al-Awsat.

Pengumuman gabungan tenaga di Yaman timbul selepas lima rakyat Bahrain, 10 tentera Arab dan 45 tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) dibunuh oleh tentera Houthi semasa operasi di Yaman minggu lepas.

Menteri Penerangan Bahrain dan jurucakap rasmi Bahrain memberitahu bahawa ini adalah pertama kali keputusan seumpama itu diambil kerajaan.

Raja Hamad pertama kali mengeluarkan kenyataan tentang penyertaan putera-puteranya itu dalam mesyuarat Pasukan Pertahanan Bahrain di ibu pejabat.

“Kami kongsi sentimen persaudaraan dengan masyarakat dalam saat sukar ini. Putera beta, Sheikh Nasser dan Sheikh Khaled, kedua-duanya akan bersama-sama tentera lain dalam operasi gabungan untuk mempertahankan Yaman,” katanya.

Yaman mula bergolak selepas tentera Arab Saudi yang mengetuai tentera pakatan Teluk melancarkan operasi ketenteraan untuk menyelamatkan kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi daripada konflik perang saudara.

0 comments:

share2