Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 2, 2015

PESARA TLDM DIDAKWA GUNA KUASA


kes mahkamah


Ipoh - Seorang bekas Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 14 pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya melantik syarikat milik adiknya menjalankan kerja-kerja pembekalan di pangkalan TLDM Lumut lima tahun lepas.

Wan Fathurahman Wan Musa, 48, dituduh melakukan kesemua kesalahan itu semasa menjadi Pegawai Memerintah Depot Bantuan TLDM di bilik mesyuarat Depot Bantuan TLDM, Pangkalan Lumut, dari 11 Ogos 2011 hingga 12 November 2012. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Hakim Rihaida Rafie membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM140,000 (RM10,000 bagi setiap pertuduhan) dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 November depan sebagai sebutan semula kes.

Wan Fathurahman diwakili peguam Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rozanna Abd Hadi.

0 comments:

share2