Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 2, 2015

PATAH BALIK BAWA PADAH


Patah balik bawa padah


Segamat - Tindakan dua lelaki yang cuba melarikan wang tabung masjid di Kampung Spang Loi di sini, membawa padah apabila mereka ditangkap penduduk.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin itu, kehadiran suspek yang menunggang motosikal disedari salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran masjid.

“Penduduk itu kemudian segera memaklumkan perkara berkenaan kepada beberapa penduduk lain sebelum mereka bertindak memerhatikan perlakuan suspek.

“Suspek yang sedang leka mengumpil tabung masjid terkejut apabila disergah penduduk kampung dan sempat melarikan diri ke kawasan semak samun berhampiran masjid dan gagal ditangkap pada awalnya,” katanya.

Menurutnya, penduduk kampung yang yakin suspek akan kembali mengambil motosikal mereka, berpakat menyorok di kawasan masjid sambil menunggu kehadiran suspek.

Beliau berkata, kira-kira 30 minit kemudian, kedua-dua suspek datang semula ke kawasan masjid untuk mengambil motosikal mereka ditangkap penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 17 dan 21 tahun itu penduduk tempatan dan kini direman beberapa hari untuk membantu siasatan,” katanya.

0 comments:

share2