Seorang pelajar tingkatan satu ditemui lemas ketika bermandi-manda di Pusat Rekreasi Lubuk Yu dekat Sungai Jerik kira-kira jam 6.15 petang, kelmarin.
Mangsa, Mohamad Aiman Shafiq Mohd Mohadir, 13, dikatakan mandi di kawasan lubuk berkenaan bersama empat rakan lain berusia 10 dan 12 serta seorang lelaki dewasa dalam lingkungan 40an.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, mayat mangsa ditemui anggota penyelamat di dasar air terjun lubuk terbabit.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat awal pada jam 6.40 petang kelmarin.
“Kemudiannya ketua balai serta anggota balai polis Sungai Jerik dengan kekuatan sebuah jentera dan anggota bomba tiba di tempat kejadian diikuti Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Katanya, usaha mencari di permukaan air dilakukan setiap 15 minit dan bersambung semula pada pagi semalam.
”Usaha mencari diteruskan pada keesokan paginya (pagi semalam) dengan memanggil unit skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh,” katanya.
“Sekitar jam 10.40, mayat mangsa lemas berjaya ditemui anggota penyelamat berhampiran kawasan mangsa dipercayai lemas” katanya.
Mohamad Aiman berasa dari Felda Jengka 18 dan jenazahnya telah dikebumikan di kampung asalnya semalam.
Lubuk Yu semakin sering memakan korban dan tidak lagi selamat untuk berkelah dan mandi manda kini berbanding sewaktu keadaannya masih terpencil dan tidak dimajukan dalam tahun 70-an 80-an 90-an. Kini pantang tersilap sedikit ada saja yang lemas. Padahal cetek sajapun air yang mengalir celah batu. Tempat yang agak dalam cuma di kawasan lubuk air terjun. Kalau sudah nak terjadi itulah yang terjadi...innalillah...alfatihah.