Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 9, 2013

Nik Aziz Hina Nabi Muhammad S.A.W

Selepas mengeluarkan fatwa politik yang disifatkan banyak pihak sebagai menyesatkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin biadab selepas mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Tuduhan liar itu dibuat selang tiga hari selepas Menteri Besar Kelantan berkenaan mendakwa, solat orang UMNO tidak mendapat pahala dengan alasan parti yang telah banyak mengembangkan syiar Islam di negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tersebut mengamalkan dasar kebangsaan.


Lebih menyedihkan, dakwaan itu dibuat selepas Nik Abdul Aziz dengan bongkak mempertahan kenyataan solat orang UMNO tidak mendapat pahala sebelum disusuli tuduhan masjid yang dibina tidak memberi apa-apa makna kononnya atas alasan parti itu menolak Islam.

"Puak ini (UMNO) kalau Nabi Muhammad hidup balik, dia lawan," katanya semasa berceramah dalam majlis prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, Kelantan yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dipetik di blog, rbfonline.net hari ini.

Ini kali kedua Pas mengheret Rasulullah dalam kancah politik selepas Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi Twitternya baru-baru ini berkata: "Kalau Nabi Muhammad masih hidup, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan...Jahanam UMNO,".

Mengulas kontroversi terbaru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kenyataan dan perumpamaan terbaharu Nik Abdul Aziz yang menyifatkan UMNO akan menentang baginda merupakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Nilaikan prinsip Pas dalam memperjuangkan Islam, di mana pendirian mereka berhubung penggunaan kalimah Allah sebelum ini?

''Sebagai Tok Guru, Nik Abdul Aziz patut berhenti menuduh semua orang menolak dasar Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

6 comments:

  • Pas totok says:
    April 9, 2013 at 10:08 AM

    Katakanlah...baginda hidup...dan baginda kata dia sokong perjuangan umno...ada potensi tak puak2 hamPAS akan kata yg baginda ni tak betul,sebab sokong umno...?

  • Anonymous says:
    April 9, 2013 at 3:21 PM

    Kesian saudara kita dari Parti PAS ni. Saya pernah tanya org kuat PAS lah. APAKAH DAKWAH PAS KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA? Jawapannya TIADA. Tapi sebenarnya ADA.inilah dakwah PAS - maki hamun, sumpah seranah, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, caci mencaci, hukum menghukum, kafir mengkafir. Dan terkini.... Nabi pun dia bawak sekali... janji nak dpt undi...

    Ku Pilih Malaysia...

  • Anonymous says:
    April 9, 2013 at 4:37 PM

    Ramai betul penyokong BN nak lari ke PR (kajian rambang tak formal) di Temerloh pahang. Terlalu kecewa dengan kegagalan BN tepati janji. Cth mudah, kata nak bawa IPTA dan MRSM, sampai ke sudah takder... Temerloh daerah tengah2 Pahang dan malaysia sepatutnya dah lama maju... Projek semua nak bagi ke Kuantan jer dan sedikit Pekan, rakyat pun muak! Elok jugak sokong PR kali ni, jangan rasa selesa sangat sampai tak buat pembaharuan dan kemajuan. Dah terlewat untuk sesama pemimpin bertelagah menuding jari siapa yang tak buat kerja. Tunggu hari mengundi, kekalahan BN di Temerloh pasti berpunca daripada kelalaian pemimpin!

  • Anonymous says:
    April 11, 2013 at 11:27 PM

    Banyak pembangunan kat temerloh tu ..dah macam kat kuantan gak..janganlah tak bersyukur..undi pembangkang projek pecah tanah jer bro...

  • Anonymous says:
    April 11, 2013 at 11:30 PM

    Pas penipu..duit rakyat dikebas terang terangan..aqidah ummah dipesongkan...kerja tak jalan..hudud pun hilang...dah..tak payah buang masa anda dgn pemimpin sebegini..nak ker parti anak beranak.ipar duai menantu memerintah negara malaysia tercinta ini????

  • Anonymous says:
    May 6, 2013 at 12:50 PM

    Apa punya tg ckp lagu nie??kaitkan Nabi Muhammad SWT..batal akidah dia..P(parti) A(ajaran) S(sesat)

share2