Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 30, 2015

LELAKI TETAK LIMA KANAK-KANAK DENGAN KAPAK


Lelaki tetak lima kanak-kanak dengan kapak


Chiang Mai -  Seorang lelaki kurang siuman menetak mati lima kanak-kanak serta mencederakan seorang wanita hamil dalam insiden di wilayah Chai Prakan pada Ahad lalu.

Memetik laporan Bangkok Post, kanak-kanak yang maut ditempat kejadian ialah Wasan Sae Ying, Hahow Sae Ying, Singju Sae Ying dan Howsang Sae Ying yang mempunyai pertalian saudara antara satu sama lain berumur antara 8 hingga 10 tahun.

Sementara seorang lagi kanak-kanak Theerawut Denwipailertlam, 1, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Seorang wanita yang sarat mengandung, Yikor Sae Jin turut dilaporkan cedera parah akibat tetakan di muka dan badan kini sedang menerima rawatan di hospital tempatan.

Menurut polis, suspek Asapa Seewuawa, 24, baru dibebaskan dari Hospital Psikiatrik Suan Puang, pinggir bandar Chiang Mai sebulan yang lalu.

Asapa yang berada dirumahnya tiba-tiba hilang pertimbangan, mencapai kapak dari dapur rumahnya dan terus menyerang kanak-kanak malang itu yang sedang bermain di rumah mereka seorang demi seorang.

Dalam pada itu, mangsa yang cedera, Yikor yang terdengar jeritan kanak-kanak tersebut bergegas mendapatkan mangsa namun dia turut diserang ketika cuba untuk menenangkan suspek.

Suspek kini berada dalam tahanan polis dan masih belum didakwa.

0 comments:

share2