Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 5, 2015

[KUANTAN] REDAH SEMAK ELAK KENA CEKUP


pdrm


Seorang lelaki yang terkejut selepas dikejar polis bagi tujuan pemeriksaan kerana menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran nekad meredah semak berhampiran sebuah klinik di Jalan Kuantan Kemaman dekat Sungai Karang di sini bagi mengelak dicekup.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, suspek berjaya meloloskan diri dengan meninggalkan motosikal digunakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz salleh berkata, semakan ke atas nombor casis motosikal jenis Yamaha Lagenda itu mendapati ianya motosikal curi yang dilaporkan hilang di Beserah.

Abdul Aziz berkata, kes disiasat mengikutSeksyen 379A Kanun Keseksaan.

0 comments:

share2