Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 3, 2015

KEMALANGAN TERUK BUKAN JAMBATAN RUNTUH


11041074_10153551825866718_3446825360343203154_n


Kuala Lumpur - Media sosial pagi ini heboh tentang berita kononya jambatan dalam pembinaan berhadapan pusat membeli belah SOGO runtuh awal pagi tadi.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui sebaran didalam media sosial, kejadian sebenar yang menyebabkan kesesakan luar biasa pagi tadi berpunca daripada kemalangan melibat 3 kenderaan iaitu, sebuah van, kereta dan motorsikal.

Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 8.17 pagi dan tiba dilokasi pada jam 8.40 pagi kerana kesesakan yang teruk menghala ke lokasi kejadian.

Kejadian tersebut menyebabkan pemandu van dan penunggang motorsikal cedera dan dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Kejadian itu berlaku berhampiran jambatan yang dalam pembinaan, tiada jambatan yang runtuh seperti yang diviralkan didalam media sosial pagi ini.

0 comments:

share2