Dato' Sri Mohd Sharkar menyampaikan piala pusingan
kepada pasukan yang menjuarai pertandingan
Pada 26 & 27hb September lalu, telah berlangsung acara Pertandingan Mengenal Burung Taman Negara atau 'Taman Negara Bird race 2015' di Kuala Tahan.
Pertandingan yang dianjurkan oleh 'Tourism Pahang' ini adalah julung kalinya diadakan di Kuala Tahan bagi menarik peminat-peminat burung untuk mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan dan memburung terunggul di Malaysia.
Keunikan hutan dioptrocarp tertua didunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun yang menyimpan khazanah kepelbagaian biologi turut juga menjadi tempat tinggal bagi haiwan liar serta unggas yang semakin hari semakin terancam.
Memburung atau 'birding' atau 'bidrwatching' merupakan aktiviti rekreasi baharu di negara kita yang mesra alam dan memberi impak rendah kepada alam sekitar, namun di Amerika Syarikat sahaja terdapat 47 juta peminat aktiviti berkenaan yang merupakan 20% dari keseluruhan penduduk AS.
18 juta pemburung dari Amerika Syarikat dilaporkan melawat ke negara-negara lain seluruh dunia kerana memenuhi aktiviti memburung.
Di Malaysia, aktiviti memburung juga bercambah dengan pesat. Walaupun masih belum ada statistik lengkap mengenainya, namun beberapa acara berkenaan memburung yang dianjurkan dan mendapat sambutan hangat memberi gambaran bahawa ianya semakin diminati.
Antara acara memburung yang dianjurkan di Malaysia adalah Fraser Hill International Birdrace, Raptor's Watch, Port Dickson, Borneo Birdrace di Sabah dan Sarawak, Pesta Sayap Kuala Selangor, Wings of KKB, Kenyir Bird & Nature Quest, Taiping Raptor Festival, Asian Bird fair langkawi.
Pertandingan Mengenal Burung Taman Negara 2015 telah disertai oleh sebanyak 34 pasukan dan terbahagi kepada 4 kategori iaitu Advance, Novice, Komuniti Taman Negara serta Pelajar.
Acara pelepasan telah dilakukan oleh Dato' Ishak Mokhtar, Pengurus Besar Tourism Pahang manakala acara penutupan dan penyampaian hadiah dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Pahang.
Pemenang pertandingan ini adalah kumpulan Triple A dari Sabah yang terdiri dari Andrew Siani, Alim Biun dan Andy Lee Choon Fatt dengan mencatat 71 species burung. Tempat kedua disandang oleh Enggang Hutan dari Thailand dengan 58. Tempat ke-3 kumpulan dari Taiwan, Taiwan Micado Pheasant dengan 21 manakala tempat ke-4 kumpulan Mr. Judah Berd dari Singapore.
Pemenang pertandingan ini adalah kumpulan Triple A dari Sabah yang terdiri dari Andrew Siani, Alim Biun dan Andy Lee Choon Fatt dengan mencatat 71 species burung. Tempat kedua disandang oleh Enggang Hutan dari Thailand dengan 58. Tempat ke-3 kumpulan dari Taiwan, Taiwan Micado Pheasant dengan 21 manakala tempat ke-4 kumpulan Mr. Judah Berd dari Singapore.
Team dari Thailand
Sebahagian peserta
Dato' Ishak Mokhtar GM Tourism Pahang
Group Photo peserta
Sdr. Sahar Ketua Pemuda UMNO Pahang mengiringi Exco Pelancongan
Dato' Sri Mohd Sharkar berucap di Perasmian penutup
Merasai hasil dari pertandingan masakan
Di majlis penyampaian hadiah
Menerima cenderamata dari wakil penduduk kampong
Team dari Taiwan
Team Juara dari Sabah
0 comments:
Post a Comment