Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 30, 2015

HAMPIR HILANG KAKI SELEPAS DIGIGIT LABAH-LABAH




Seorang lelaki dilaporkan akan memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan kebangsaan Qatar selepas dia hampir kehilangan kakinya akibat digigit seekor labah-labah beracun di dalam pesawat itu.

Menurut sumber, doktor memberitahu Jonathan Hogg yang berasal dari London, Britain itu mungkin akan kehilangan kakinya atau lebih teruk mati akibat racun yang dilepaskan oleh labah-labah terbabit.

Jenis labah-labah yang dipercayai menggigit kaki Jonathan Hogg.


Jonathan yang digigit ketika berada dalam penerbangan dari Qatar ke Afrika Selatan itu boleh memudaratkan kesihatannya. Kesan daripada gigitan itu boleh menyebabkan kakinya ‘pecah dan cair.’

Lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa kakinya terasa sakit seperti dicucuk dan ternampak seekor labah-labah berjalan di atas lantai, namun tidak pula diendahkannya.




Namun, luka di kakinya semakin membesar dan pada hari ketiga kakinya menjadi semakin parah.

“Mereka kata racun yang terlarut itu boleh membunuh saya. Ia memakan isi dan daging pada kaki saya.

“Saya tidak terasa sakit yang teramat, namun selepas ke hospital, kaki saya semakin parah dan ia bernanah serta kehitaman,” katanya.




Doktor memberitahu lelaki terbabit mungkin akan mati jika dia tidak bertindak pantas atau membiarkannya.

Jonathan dilaporkan telah menghantar e-mel kepada syarikat penerbangan itu, namun mereka seperti tidak mengambil serius dan tidak mempedulikan kondisinya.

Akibat daripada kejadian itu, lelaki berkenaan kini menjadi fobia dan takut untuk menaiki kapal terbang lagi.

0 comments:

share2