Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 26, 2015

DEDAH RANCANGAN SERANGAN




Kuala Lumpur: Tiga lelaki termasuk seorang rakyat tempatan ditahan di Jalan Alor, Bukit Bintang petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan itu hasil operasi khas yang dilancarkan di sekitar Kuala Lumpur dan ia kesinambungan kepada beberapa siri operasi yang dijalankan sebelum ini.

Menurutnya, tindakan berterusan itu hasil daripada maklumat yang diperoleh daripada suspek yang ditahan mendedahkan wujud perancangan untuk melancarkan serangan ke atas aset yang berkepentingan kepada negara, kepentingan barat dan kawasan tumpuan awam.

“Dalam operasi dijalankan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman jam 6 petang kelmarin, tiga orang lelaki berumur antara 30 hingga 51 tahun masing-masing seorang rakyat tempatan, Syria dan Indonesia ditahan di kawasan berkenaan.

“Seorang lelaki warga asing itu didapati kerap melakukan lawatan ke Yaman dan dikesan memasuki negara beberapa hari yang lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

0 comments:

share2