Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 13, 2015

BUNUH, MINUM DARAH ANAK UNTUK KAYA


Bunuh, minum darah anak untuk kaya


New Delhi -  Seorang bapa tergamak membunuh anak perempuannya sendiri yang berusia 9 tahun dengan mengunakan tukul kerana percaya tindakannya itu akan menjadikannya kaya.

Girjesh Pal, 38 memukul anaknya Kushi hingga maut di hadapan isterinya sendiri selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Memetik The Sun UK, ibu mangsa, Sunita mendakwa suaminya itu menyerang anak perempuannya selepas seorang rakannya pernah menasihatinya bahawa dia akan memperoleh kekayaan jika mengorbankan anaknya itu.

Pada hari kejadian, Girjesh dilihat membeli kapur yang digunakan untuk acara ritual dan enggan makan malam kerana atas alasan berpuasa. 

Sunita berkata, suaminya itu membuat beberapa acara ritual sebelum memukul anaknya itu, malah dia juga turut minum darah mangsa dan berkata tujuan dia mengorbankan nyawa anaknya adalah untuk memberi kebahagian kepada keluarga serta kestabilan kewangan.

Walaupun Sunita dan seorang lagi anak lelakinya cuba untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal.

Sementara itu, menurut penduduk tempatan yang turut berada di lokasi kejadian berkata semua yang berada di tempat kejadian menjerit dan cuba untuk membantu, namun dihalang oleh suspek. 

Girjesh yang bekerja sebagai petani sering mengalami masalah kewangan dan dia kini ditahan atas tuduhan membunuh.

0 comments:

share2