Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 16, 2015

BEBAS HIMPUN TAPI KENA IKUT PERATURAN


Suhakam


Kuala Lumpur - Rakyat Malaysia bebas untuk berhimpun tetapi perlu mengikuti batas undang-undang, kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam. 

Beliau berkata, untuk itu, mereka yang menyertai Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan di sini hari ini perlu memahami garis panduan umum berkenaan perhimpunan awam.

Antaranya, kata beliau, mereka perlu mematuhi undang-undang dan menerima hakikat bahawa pihak berkuasa mempunyai peranan dan tanggungjawab mengekal dan memelihara keselamatan, keamanan dan ketenteraman dalam negara. 

Dalam satu kenyataan di sini Hasmy berkata, pihak penganjur perhimpunan itu hendaklah juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, khususnya polis, untuk memastikan bahawa peserta perhimpunan mematuhi undang-undang pada setiap masa.

Beliau berkata Suhakam akan turut memantau perjalanan himpunan tersebut.

0 comments:

share2