Sila mainkan video diatas untuk mengikuti sidang akhbar berkenaan.
6.8.2015 - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang bersama sebilangan wartawan mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan sebahagian kawasan perlombongan bauksit di Rancangan Tanah Pemuda Bukit Goh.
Lawatan ini dilakukan bagi melihat dengan lebih jelas permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutama yang tinggal disekitar kawasan yang terlibat dengan pencemaran akibat perlombongan dan pemungahan bauksit.
Bagaimanapun, sewaktu rombongan tiba dikawasan berkenaan, tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan bahkan banyak lori kelihatan tersadai ditepi-tepi jalan tanpa pemandu.
Menurut Menteri Besar Pahang, Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan drastik dengan menutup sepenuhnya operasi perlombongan kerana selain dari memberi keuntungan kepada kontraktor dan pengusaha lombong, ianya turut memberi pendapatan kepada pemilik dan pemandu lori serta pemilik tanah itu sendiri.
Perlombongan bauksait hanya memberi RM37 juta kepada pendapatan negeri iaitu 5% royaliti dari pendapatan pengusaha yang dianggarkan berjuta-juta ringgit. Namun untuk menutup terus operasi ini akan menutup peluang pekerjaan serta peluang pendapatan lumayan khususnya kepada pemilik tanah perlombongan persendirian.

0 comments:
Post a Comment