
Ceara- Seorang DJ radio yang juga pengkritik kerajaan maut ditembak oleh dua lelaki, semalam.
Menurut laporan Mirror, Gleydson Carvalho ditembak tiga kali ketika sedang menyampaikan slot tengah hari beliau di stesen radio Liberdade FM pada jam 12.40 petang waktu tempatan.
Carvalho yang terkenal kerana mengkritik skandal dan rasuah kerajaan telah ditembak di kepala dan dada.
Beliau diisytiharkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Kawannya, Autran Santos memberitahu Carvalho sering mendapat ugutan ketika siaran langsung.
"Ugutan yang beliau terima selalunya berkaitan dengan politik. Beliau memberitahu saya bahawa beliau ada musuh atas sebab itu," kata Santos.
Peguam Carvalho, Marcos Coelho mahukan siasatan yang teliti dibuat.
"Saya tak percaya perkara ini berlaku dalam bandar ini," jelasnya kecewa.

0 comments:
Post a Comment