Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 23, 2015

[ROMPIN] TARIKAN BAHARU DI PULAU TIOMAN


Tarikan baharu di Pulau Tioman


Pendakian Cabaran Gunung Kajang yang disertai 23 peserta sempena program tahunan Start In Tioman (SIT) bakal menjadi titik permulaan mempromosikan aktiviti mendaki gunung di Pulau Tioman.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Pahang, Idros Yahya berkata, Gunung Kajang dengan hutan semula jadi yang masih dara berpotensi menjadi daya tarikan baharu pelancong ke Pulau Tioman selain aktiviti selam skuba, snorkeling, wall climbing, jungle trekking dan luncur ombak.

Menurutnya, program julung kali bersama media Pahang itu bertujuan mendapatkan maklum balas dalam usaha mempromosi dan menambahbaik fasiliti yang bersesuaian dengan keperluan pendaki.

“Pendakian ini turut disertai kakitangan kementerian dan menerima respon positif daripada peserta maka kami tiada halangan meneruskan pakej pelancongan mendaki Gunung Kajang,” katanya.

Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin berkata, trek gunung tersebut tidak mempunyai penanda arah kecuali kesan takik pada pokok agar pendaki mempelajari cara membaca trek dan menikmati keindahan flora dan fauna.

Menurutnya, walaupun tempoh masa mendaki dan turun hampir 12 jam sejauh 26 kilometer tetapi tahap kesukaran trek adalah sederhana.

“Terdapat satu perhentian menarik di batu besar yang dicengkam akar mempulur dari sebatang pokok Ara dipanggil ‘Mother Willo’ kerana dipercayai keramat.

“Ada laluan memaksa pendaki menyusup masuk gua bongkah batu di samping berdepan cabaran ‘serangan’ pacat gunung.

“Jika ada rezeki (tidak ditutupi kabus), pendaki dapat lihat laut dari puncak gunung,” katanya.

Peserta yang terdiri daripada Kelab Media Pahang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia dan Pelancongan Malaysia Pahang berjaya menawan puncak Gunung Kajang selepas tujuh jam mendaki dengan jarak 13 kilometer.

0 comments:

share2