Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 25, 2015

PAS TEGUR BERSIH 4 ANCAM KESTABILAN NEGARA




Kuala Lumpur – PAS akan cuma menghantar beberapa wakil untuk memantau perhimpunan Bersih 4 yang bertujuan melumpuhkan kerajaan melalui demontrasi jalan pada 29 dan 30 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS tidak akan mengerahkan ahli dan penyokongnnya menyertai perhimpunan itu kerana tidak bersetuju dengan tindakan yang menjejaskan kestabilan negara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan
“Perhimpunan secara aman dimana rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan tidak provokatif merupakan satu aspek amalan demokrasi.

“Namun dalam masa yang sama ketenteraman awam serta kestabilan negara mestilah dijaga dan menjadi tanggungjawab semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Takiyuddin turut menegaskan, perhimpunan Bersih 4 yang cuma selang satu hari dengan Sambutan Hari Kemerdekaan adalah tidak sesuai.

0 comments:

share2