
Netizen hari ini menempelak Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila memuat naik gambarnya yang sedang makan nasi lemak di dalam keretapi menuju ke Ipoh tanpa menghiraukan larangan makan dan minum yang ditampal di situ.
Gambar yang dimuatnaik dengan kapsyen ” Alhamdulillah…ada rezeki makan nasi lemak bungkus untuk tengahari ini dalam tren…nak order makanan lain nanti kena cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula..” itu bertujuan untuk menyindir kerajaan tetapi nyata memakan diri sendiri.
Papan tanda larangan makan dan minum ditampal di dalam keretapi.
Ini antara komen-komen yang diterima di dalam Facebook milik Wan Azizah.
Sehingga artikel ini dimuat naik, status ” makan nasi lemak itu ” telah mendapat 1,200 komen dan dikongsi 666 orang.





0 comments:
Post a Comment