Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 4, 2015

MODEL GUNA BURQA SEMBUNYIKAN PEMBEDAHAN PLASTIK?



Model guna burqa sembunyikan pembedahan plastik?


Seorang model popular dituduh menggunakan persalinan Islam, burqa untuk menyembunyikan pembedahan plastik yang dialaminya di Paris, 15 Julai lepas.

Menurut laporan Business Standard, Gisele Bundchen yang memakai burqa keluar dari sebuah kereta mewah yang dipandu oleh pemandunya.

"Pemandu Bundchen mudah dikenali di sini," kata seorang saksi, dipetik dari US Magazine.

Bundchen bersama seorang lagi wanita yang juga memakai burqa kemudian memasuki sebuah klinik swasta.

Salah seorang wanita tersebut membawa beg sandang yang sama jenis dengan beg yang dipakai oleh Rafaela, adik Bundchen ketika berada di lapangan terbang Charles de Gaulle, seminggu sebelum itu.

Akhbar tempatan, The Post pula mengatakan bahawa adik-beradik tersebut pergi ke spa luxe Le Sources de Caudalie selepas itu.

Bundchen bagaimanapun tidak memberikan sebarang respon kepada laporan tersebut, manakala klinik berkenaan juga tidak memberikan sebarang komen.

Sementara itu, polis memberitahu bahawa burqa telah diharamkan di Paris pada 2010.

Bandar berkenaan melarang rakyatnya menutup muka di tempat awam.

0 comments:

share2