Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 3, 2015

MENTERI BESAR PAHANG LAWAT DAN RESMI MESYUARAT BAHAGIAN BAGAN DATOK



Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi tentang konon adanya perubahan dalam kepimpinan beberapa negeri sebagai susulan kepada rombakan kabinet baru-baru ini.

Spekulasi ini dikatakan bertiup kencang petang semalam, Jumaat, 31 Julai, ekoran adanya pertemuan antara Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak, dengan kepimpinan tertinggi negeri-negeri yang diterajui oleh UMNO. 

Pertemuan di Kediaman Rasmi Perdana Menteri - Sri Perdana di Putrajaya ini berlangsung beberapa hari selepas rombakan kabinet pada Selasa, 28 Julai, yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, digantikan dengan Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid.

Begitulah juga nasib yang menimpa empat lagi menteri yang termasuklah Dato’ Sri G.Palanivel, Dato’ Sri Mohd Shafie Apdal, dan Dato’ Sri Hassan Malek; serta, seorang timbalan menteri.

“Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri dalam membuat keputusan,”kata Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid pada persidangan media sementara menunggu kehadiran Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang diketuainya, pada petang Sabtu, 1 Ogos, di sini.....



0 comments:

share2