Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 25, 2015

[KUANTAN] RUNTUHAN BENTENG DAPAT PERHATIAN KERAJAAN NEGERI


Pahang


Kerajaan Negeri Pahang telah meminta pihak pemaju memperbaiki struktur benteng yang runtuh dan menimpa tiga buah rumah di‎ Taman Cherry, Indera Mahkota di sini, pada Rabu lepas bagi mengelak kejadian sama berulang.

Wakil kerajaan negeri bagi kawasan Indera Mahkota, Datuk Abu Bakar Harun ‎berkata, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan pemaju diberi masa dua bulan untuk menyiapkan kerja itu iaitu sebelum tibanya musim tengkujuh.

"Saya akan maklumkan kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ‎mengenai perkembangan kerja-kerja terbabit," katanya kepada pemberita ketika meninjau keadaan rumah yang rosak akibat runtuhan itu. Turut hadir wakil Pejabat‎ Daerah Dan Tanah Kuantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Abu Bakar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang turut‎ menyampaikan sumbangan daripada Tabung Bencana JKM dan sumbangan peribadi Adnan‎ kepada pemilik rumah berkenaan.

Katanya, buat masa ini pihakya tidak mengeluarkan arahan kepada penghuni taman itu untuk mengosongkan kediaman berikutan keadaan masih selamat.

Sementara itu, seorang daripada pemilik rumah, Abdul Basik Mohd Zainal ‎Abidin ketika ditemui berterima kasih kepada kerajaan negeri yang menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga. 

"Saya mengalami kerugian puluhan ribu ringgit dalam kejadian tanah runtuh‎ dan sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat ringankan beban," katanya.

Kejadian tanah runtuh pada 19 Ogos lepas, telah menyebabkan tiga daripada‎ lima rumah di taman berkenaan mengalami kerosakan dan menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

0 comments:

share2