Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 14, 2015

[KUANTAN] MENANTI MATAHARI DI BUKIT PANORAMA

 Pandanga dari puncak Bukit Panorama


Bukit Panorama terletak di Sg. Lembing, kira-kira 42KM dari bandar Kuantan. Dengan ketinggian 400M, seseorang boleh sampai ke puncaknya dengan hanya 45 minit pendakian.

Trek ke puncak boleh dikatakan mudah kerana hampir keseluruhan perjalanan disediakan tangga simen berserta dengan pemegang.

Bagaimanapun perjalanannya bermula dengan tangga yang kecuramannya antara 45 darjah dan kemudiannya semakin landai. 

Bukit Panorama jadi tarikan kepada pengunjung terutama di sekitar Kuantan yang berminat melihat matahari keemasan terbit dan menerangi hari. Justeru, mereka akan memulakan pendakian seawal jam 5.00 pagi lagi untuk menunggu saat-saat matahari terbit dari celah kabus pagi.

Puncak Bukit Panorama dikelilingi hutan diptrokarp bukit. Selain pandangan kita akan terbiasa dengan rimbunan pakis 'resam' Gleichenia Truncata' masih terdapat banyak tumbuh-tumbuhan yang jarang-jarang dapat kita lihat antaranya 'periuk kera', 'rotan gajah' serta beberapa species kulat.

Selain burung-burung yang riuh berkicauan menyambut sinaran matahari, kelihatan juga tupai dan monyet serta lotong melompat dari dahan ke dahan mencari makan.

Ketika kami tiba di kaki Bukit Panorama tiada lain yang kami fikirkan selain dari mencari dimana tempat dapat kami bersarapan.

Meneroka pekan Sg. Lembing tidaklah sesusah mana kerana pekannya hanyalah merupakan beberapa deretan kedai-kedai papan 2 tingkat yang kelihatan sudah usang. Ianya hanyalah sebahagian dari peninggalan sejarah kegemilangan pekan ini yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai ' El Dorado of the East ' sewaktu perlombongan timah bergiat aktif.

Berada di pekan Sg. Lembing seakan kembali ke zaman silam sekitar tahun 1940an atau meneroka pekan yang lena dan ditinggalkan masa.



Sebahagian pendaki menanti matahari

Merakam kenangan

Anjing yang menemani kami sepanjang perjalanan

Bebola matahari

Kabus yang menyelimuti bukit dan gunong

Pucuk daun

Bunga liar

Sungai lembing dari puncak Bukit Panorama

Lotong @ Dusky Leaf Monkey

Hutan Diptrokarp Bukit

Tangga kepuncak Bukit Panorama

Kulat 'Entoloma Sp'

Periuk Kera ' Nepenthes Gracillima' (?)

Tumbuhan pendakap

Pekan Sg Lembing

Deretan kedai-kedai










0 comments:

share2