Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 4, 2015

(KUALA LIPIS) PELAJAR PRATIKAL MAUT KEMALANGAN, BAPA PARAH


Pelajar praktikal maut kemalangan, bapa parah


Seorang penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah maut dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah kenderaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Nurul Liyana Mahmod, 23 bersama bapanya, Mahmod Endut, 47, dipercayai sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Cameron Highlands.

"Sampai di tempat kejadian di kilometer 5 Jalan Felda Sungai Koyan-Raub, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah sebuah Proton Myvi yang dinaiki empat sekeluarga.

"Nurul Liyana yang sedang menjalani praktikal di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Cameron Highlands disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,"katanya.

Abdul Razak berkata, bapa mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Lipis.

0 comments:

share2