Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 14, 2015

KENAPA MAHATHIR TIDAK PERTIKAIKAN MAS RUGI RM6 BILION?

mahathir



Apabila syarikat penerbangan negara (MAS) mengalami kerugian hinggakan kerajaan terpaksa menyuntik dana sebanyak RM6 bilion, tidak pula ia dipersoalkan. Sebaliknya apabila 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperkatakan, kecoh seantero negara.

Hakikatnya 1MDB belum mengalami kerugian, hanya menanggung hutang berbanding MAS yang entah berapa kali mengalami kerugian.

MAS sebelum ini mengutip keuntungan berbilion-bilion ringgit pada 1980-an namun selepas ia diswastakan pada 2001, iaitu pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir kepada Tan Sri Tajudin Ramli, syarikat itu telah mengalami kerugian, menyebabkan kerajaan terpaksa membeli semula saham MAS pada harga tinggi.

Proses penwastaan itu menyaksikan perjanjian di mana Tan Sri Tajuddin Ramli menggunakan RM1.79 billion pinjaman pada 1994 untuk membeli 32 peratus saham majoriti dalam MAS.

Tajuddin, yang terjejas akibat krisis kewangan dunia pada 1997 kemudiannya telah menjual saham MAS pada RM1.79 bilion atau RM8 sesaham, iaitu jumlah sama yang dibelinya pada 2001, sedangkan ketika itu saham MAS adalah RM3.68 sesaham.

Sejak itu, MAS telah melalui tiga putaran perniagaan dengan melibatkan kos sebanyak RM20 bilion kepada kerajaan.

Agak pelik kenapa Mahathir tidak mempertikaikan MAS yang mengalami kerugian yang besar sebaliknya mempersoalkan mengenai 1MDB yang belum mengalami kerugian?

Malah audit menunjukkan 1MDB tidak pernah rugi. Terdapat perbezaan antara rugi dan hutang.

Bayangkan jika media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter wujud pada masa lalu, sudah pasti banyak perkara yang dilakukan dalam pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad telah didedahkan.

Sudah pasti isu besar ketika itu termasuk kerugian MAS menjadi isu yang hangat diperkatakan. Itulah kuasa hujung jari dan dengan menjadi keyboard warrior, semua benda tidak kira betul atau salah, fitnah atau kebenaran menjadi mainan media sosial.

Ia bukan lagi zaman di mana kita bercakap `face to face’ tetapi komunikasi hanya melalui dunia maya.




1 comments:

  • Anonymous says:
    August 14, 2015 at 5:12 PM

    Mantan PM x sepatutnya kritik PM dan 1MDB berasaskan berita x sahih, fitnah dan palsu.

share2