Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 25, 2015

JURUTERBANG PENGSAN, WANITA AMBIL ALIH KAWAL PESAWAT



Seorang wanita yang tiada pengalaman mengendalikan pesawat terpaksa mengambil alih tugas mengawal sebuah pesawat ringan selepas juruterbangnya pengsan secara mengejut.

Wanita tersebut yang juga penumpang pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas sebelum pesawat terhempas dengan bantuan perkhidmatan kecemasan dari menara kawalan.

Menurut laporan media tempatan, wanita tersebut mengalami kecederaan parah manakala juruterbang tersebut yang juga suami kepada wanita itu dilaporkan meninggal dunia.

wm
wm2

“Juruterbang itu berkemungkinan mati sebelum pesawat terbabit terhempas. Wanita itu terpaksa terbangkan pesawat tersebut walaupun tiada pengalaman.

“Mereka memberi panduan kepadanya untuk mendaratkan pesawat itu di lapangan terbang,” kata jurucakap kepada sumber.

Wanita itu kini dirawat di hospital di bandar selatan Seville.

Menurut pihak berkuasa lapangan terbang Sepanyol AENA, pesawat terbabit terhempas 3km di permulaan landasan Lapangan Terbang Seville ketika cuba mendarat.

Lapangan terbang tersebut ditutup selama 2 jam akibat insiden terbabit.

0 comments:

share2