Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 24, 2015

JUMPA BOM ZAMAN JEPUN


Jumpa bom zaman Jepun


Sungai Buaya - Polis menerima aduan orang ramai berhubung penemuan bom zaman Jepun berhampiran Loji Air Sungai Buaya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan R Supramaniam mengesahkan, pihaknya menerima panggilan orang ramai berhubung penemuan bom lama itu pada jam 11 pagi.

“Selepas dikenal pasti, bom lama yang ditemui itu merupakan jenis airdrop.

“Pihak Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Selangor terdiri daripada enam pegawai dan seorang pegawai dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor (IPD) pergi sendiri ke tempat kejadian dan sampai di sana pada jam 4.30 petang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bom dijumpai merupakan jenis Motta 60mm.

“Ia kemudian berjaya dimusnahkan secara pemasangan kabel jarak jauh lebih kurang 50 meter.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ketika bom dijumpai dan semasa bom dimusnahkan,” katanya.

0 comments:

share2