Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 4, 2015

HABISKAN HAMPIR RM200,000 UNTUK LAMAR KEKASIH


Habiskan hampir RM200,000 untuk lamar kekasih‎


Hong Kong - Seorang lelaki menghabiskan hampir 400,000HKD (RM199, 438) hanya untuk melamar kekasih hatinya.

Victor Tang, 37, mengambil masa sebulan untuk merancang cara lamaran untuk kekasihnya.

Victor membelanjakan wangnya untuk membeli cincin berlian 1.5 karat, menyewa tingkat atas Hotel Ritz Calton di Barat Kowloon dan sebuah helikopter untuk membawa kain rentang bertulis "saya cinta kamu, Stephanis BB, sudikan anda mengahwiniku?.

Menurut laporan SCMP, lelaki berkenaan bukanlah daripada golongan kaya dan hanya bekerja di sebuah syarikat komunikasi namun dia sangat pandai menguruskan kewangannya.

Ramai orang menganggap tindakan lelaki itu sebagai suatu perkara yang gila dan membazir namun menurut Victor, dia sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk melamar kerana teman wanitanya tidak pernah meminta untuk di belikan kasut, baju berjenama atau makan di restoran mewah tetapi dia hanya mahukan sebuah lamaran yang diingati.

0 comments:

share2