Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 27, 2015

BNM KELUAR SYILING KHAS MASJID NEGARA




Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan duit syiling peringatan khas bersempena dengan sambutan jubli emas ulang tahun Masjid Negara Ke-50.

BNM dalam satu kenyataan media memberitahu, spesifikasi duit syiling peringatan itu adalah Duit Syiling Peringatan Emas (pruf), Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic.

“Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram.

“Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa.

“Harga adalah tertakluk kepada enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST),” kata kenyataan itu hari ini.

Kata BNM, Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf) pula diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram.

“Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa,” kata BNM.

Menurut BNM, bilai muka Duit Syiling Peringatan Emas Nordic pula RM1, harga jualan RM10 sekeping dan sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.

“Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf.

“Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf.

“Set ini akan dijual pada harga RM250 dan hanya terdapat 2,000 set sahaja,” kata BNM.

0 comments:

share2