Kuala Lumpur - Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari semalam dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung satu artikel yang dimuat naik portal Malaysiakini pada 7 Mei lalu.
Aziz yang diwakili peguamnya, Zulhazmi Shariff berkata, anak guamnya itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
"Beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan berkaitan satu artikel yang dimuat naik oleh Malaysiakini bertajuk, 'Rulers flexing muscles in several states unhealthy'.
"Jadi laporan polis dibuat oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor dan pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Muniandy telah mengambil keterangan," katanya yang ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.
Pada 7 Mei lalu, Aziz dilaporkan sebagai berkata Sultan Johor, Sultan Perak dan Sultan Selangor tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbuar politik dan mencampuri pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.
"Anak guam saya hanya berkata, sebagai raja berperlembagaan tak patut buat komen politik, ini soal dasar, dasar politik, soal sensitif, jadi raja lebih selamat komen mengenainya," ujarnya.
Dalam pada itu, Zulhazmi turut berasa hairan apabila anak guamnya hanya diambil keterangan selepas hampir dua bulan artikel itu disiarkan.
"Saya agak pelik sikit sebab kenyataan, berita itu dimuat naik pada 7 Mei 2015, dan baru sekarang Prof diminta memberikan keterangan yang mana kita pun tak tahu kenapa," jelasnya sambil memberitahu anak guamnya tidak ditahan reman.
0 comments:
Post a Comment