Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 24, 2015

AKHIRNYA CINTA NORA, NEDIM PUTUS


Nora Danish


"HMMM... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," demikian respon Nora Danish mengenai status hubungan cintanya dengan Nedim Nazri.

Memetik laporan mStar Online, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

Sementara itu, ketika ditanya lanjut mengenai punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu.

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya.

Persoalan mengenai status hubungan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.

Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinan terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.

0 comments:

share2