Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 14, 2015

SELANGOR HARAMKAN POLISTIRANA DUA TAHUN LAGI


polistirena


Kerajaan Selangor tegas mengharamkan sepenuhnya penggunaan bekas makanan polistirena di negeri ini dalam tempoh dua tahun lagi.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, sasaran pengharaman penggunaan polistirena giat dikuatkuasakan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri.

“Kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada PBT bagi menentukan kaedah kempen kesedaran itu dijalankan.

“Bagaimanapun kita berhasrat dalam tempoh jangka masa pendek, didikan dan pendedahan diberi kepada rakyat mengenai akibat penggunaan polistirena,” katanya.

Adun Bukit Lanjan itu turut memaklumkan kerajaan negeri akan menetapkan beberapa dasar yang juga mengharamkan beg plastik yang tidak boleh dikitar semula dan polistirena tidak lagi dibenarkan digunakan di Selangor.

“Buat masa sekarang perkara ini masih dibincang dengan beberapa pihak terlibat.“ Sebab itu kita galakkan masyarakat membawa bekas sendiri dari rumah untuk membeli makanan langkah itu salah satu usaha mengurangkan risiko keracunan makanan,” katanya.

Beliau mencadangkan peniaga menukar kaedah pembungkusan makanan kepada bahan mudah urai.

“Polistirena dan beg plastik mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu Blisphenol A (BPA) dan Stirena yang boleh menjejaskan alam sekitar kerana mengambil masa 500 tahun untuk diuraikan.

“Bekas polistirena juga mengandungi bahan kimia yang menjejaskan kesihatan manusia serta mengakibatkan perubahan genetik, merosakkan sistem pembiakan, merendahkan sel darah merah dan juga gangguan haid pada wanita. Oleh itu, penggunaan bahan ini wajar dihentikan,” katanya.

0 comments:

share2