Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 28, 2015

POLIS SIASAT DAKWAAN ROKOK ELEKTRONIK PERISA GANJA




Kuala Lumpur – Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukan ini akan menyiasat sejauh mana penggunaannya.

“Saya telah mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengumpul maklumat dan menyiasat penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.

“Kita akan lihat dari segi perundangan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka ini sekiranya ia benar (wujud),” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan wujudnya bancuhan perisa rokok elektronik yang mengandungi ekstrak ganja sebagai bahan utama.

0 comments:

share2