Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 8, 2015

(KUANTAN) LELAKI MAUT DIPERCAYAI TERJUN BANGUNAN

jatuh bangunan


Seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan maut selepas nekad terjun dari bangunan enam tingkat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang mangsa yang berusia 25 tahun dan berasal dari Kampung Kurnia, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kejadian disedari kakitangan hospital berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa datang ke hospital untuk menerima rawatan susulan akibat kemurungan kerana dipercayai putus tunang tiga bulan lalu.

“Tiada saksi ketika kejadian malah belum dapat dipastikan aras mana mangsa bertindak terjun,” katanya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci termasuk mengambil maklumat daripada saksi kejadian untuk tindakan susulan.



0 comments:

share2