
Kuala Lumpur - Rakyat Malaysia diingat untuk berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga boleh menaikkan sensitiviti kaum.
Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat hanyalah salah faham dan tidak perlu digembar gemburkan lagi.
"Isunya antara perniaga dan pembeli hanya libatkan salah faham. Malaysia ini aman, orang nak raya bukan bergaduh.
"Hentikan isu perkauman, susah nak bendung susah lagi nak pulihkan jika telah diapikan, semua orang susah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini.
Beliau turut mendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) patut dipersalahkan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat Sabtu lalu.
Menurut beliau, KPDNKK tidak menjalankan tugas mereka dengan baik untuk memantau perniaga yang gemar mengambil kesempatan terhadap pengguna.
“Kepada KPDNKK anda tidak menjalankan tugas dengan kemas untuk membantu pembeli. Banyak pembeli teraniaya dan tertipu, bila jadi macam ini polis yang susah.
“PDRM patut boleh menyambut raya, tiga hari lagi nak raya tak boleh raya,KPDNKK kamu yang salah kamu yang tidak boleh raya, polis boleh beraya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan pengguna agak lebih bijak dalam membuat pilihan ketana kuasa membeli ditangan pengguna.

0 comments:
Post a Comment