Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 22, 2015

CEMAS GERABAK LRT TERBAKAR


Cemas gerabak LRT terbakar


Kuala Lumpur - Beberapa penumpang LRT berdepan detik mencemaskan selepas mendapati gerabak yang mereka naiki terbakar dalam kejadian di Stesen LRT Universiti di Lembah Pantai tengah hari tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.18 tengah hari.

"Seramai 15 anggota dikejarkan ke lokasi sebelum tiba beberapa minit kemudian.

"Bomba yang tiba mendapat kebakaran melibatkan gerabak di landasan berdekatan stesen universiti menghala ke Petaling Jaya," katanya.

Dalam kejadian yang berlainan kira-kira jam 8.30 pagi, di stesen LRT Setiawangsa, satu kebakaran kecil turut melibatkan di bahagian bawah gerabak selepas dipercayai berpunca akibat masalah brek.

Kebakaran bagaimanapun dapat dikawal beberapa minit kemudian.

0 comments:

share2