Shah Alam - Pakaian ala pahlawan akan menjadi antara busana pilihan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, untuk digayakan menjelang Aidilfitri ini.
Bercakap kepada Sinar Online baru-baru ini, Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai Ayah Arka berkata, tiga pasang baju raya disiapkan olehnya , termasuklah sehelai busana persis pakaian pahlawan.
"Tahun ini ayah sudah siapkan tiga pasang baju, iaitu sepasang baju Melayu, sehelai jubah dan sepasang persalinan busana berupa pakaian ala pahlawan Hang Tuah yang berwarna hitam keemasan," katanya.
Ayah Arka sebelum ini mencetus fenomena baharu apabila sering membuat laporan polis berkaitan isu semasa terutamanya hal yang menyentuh agama Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu.
Sementara ditanya lokasi raya beliau tahun ini, Ayah Arka berkata beliau akan beraya tiga hari di rumah isteri pertamanya di Kuala Kangsar dan selebihnya akan beraya di rumah isteri keduanya di Kota Bharu.
"...di sini (Kuala Lumpur) tiada persiapan sebab balik kampung.... Ayah juga merancang untuk membuat rumah terbuka Aidilfitri selepas ayah pulang ke Kuala Lumpur," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment